Happy Eid.

In the name of  Allah the most gracious and the most merciful .            
Assalamualaikum wtb . 

Oppa Gangnam Style . Lolololjk .

It's been so long right I didn't write any entry . Well , bukannya ada orang nak baca pun kan . Anda semua sihat ? Saya sihat dan badan saya juga bertambah comel kerana banyak makan di asrama. Hal ini sangat mendukacitakan sebenarnya kerana makcik makcik semua cakap saya dah tak berapa nak kurus . Hakikat yang sungguh mengecewakan 😱. 

 
Panjang betul mukadimah saya . Sebenarnya entry ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA  uolls . Di kesempatan ini juga saya ingin meminta ampun kepada sesiapa yang terasa hati dengan perlakuan atau kata kata saya . Saya sayang awak semua . Hihi . Sila terharu . 

 
Raya tahun ni sama seperti tahun lepas kerana saya beraya di kampung halaman tercinta iaitu di Kluang , Johor . Saya gembira walaupun duit raya tak dapat banyak atas alasan 'kau tu dah besar , dah boleh kerja sendiri . Tak payah pegang duit banyak banyaklah' 😥 . Sedih tau . Saya baru form 4 mana sempat nak kerja . emmm *kesat air mata* . Saya balik raya tahun ni , banyak belajar masak dengan makcik makcik , banyak tolong nenek dan banyak keluar jugak . hihi . Tapi tak pergi raya jauh jauh pun macam tahun lepas . Yang bestnyaa , raya ketiga hari tu ada buat barbeque . Seronok . Ada banyak makanan . Ada mercun yang dekat KLCC tu . Saya eksited sangat tengok . Hek hek . Lagi takda apa menarik pun sebab raya tahun ni tak meriah sangat . Tengoklah gambar pun takda malas nak upload . Mengantuk . Tumpang lalu . Saya tidur dulu ye . Bye . Love uolls xx .