Sayang.

In the name of Allah the most gracious , the most merciful 
Assalamualaikum Wtb.


Aku rasa aku comel . Maaf kerana tidak boleh mengawal lalu terus memuji diri .
Sambil melangok melihat screen , aku memikirkan apa yang aku akan tulis untuk post kali ini . Walaupun aku sedar tiada siapa yang akan membacanya dan melihat blog yang bukan tidak cantik tetapi kurang cantik . Aku perasan sendiri lagi . Dan tiba tiba satu mentol muncul di atas yang ke kiri sikit di kepala . Sila berimaginasi . Elisya Nur Ainaa . Mohon berbangga . Selamat Hari Lahir , Sahabat 



Lagi sekali aku mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-16 . Semoga Allah merahmati engkau . Walaupun hari lahirmu pada 6 Jun dan aku membuat post ini pada tarikh 7 Jun kau harus berbangga kau insan yang terpilih untuk aku menulis tentangmu di blog nan indah ini . Aku memohon maaf kerana tidak boleh menyambut hari lahirmu bersama sama kerana faktor dimana aku berada . Aku di Ipoh . Maaf . Hadiah ? Kau anggaplah detik detik indah kita bersama sama dengan Adina , Syaida dan Mimie pada 26 Mei lalu sebagai hadiah yang yang paling berharga . Dan kau perlu tahu sesuatu . Aku sayang akan kau ♥ . Sungguh . Aku tak tipu . Aku tahu sekarang ini kau sedang tersenyum terharu bukan ? Tetapi malangnyaa aku sedang membuat muka toya sambil tersengih kerana lawak yang dibuat Johan dalam rancangan Achaner Tu Johan . *Johan , sila berterima kasih* . Namun , aku jujur dengan kata kataku . 




Wahai Elisya ,
Jagalah diri kau sebaiknyaa kerana aku tidak dapat berada di sisi kau . Kau faham bukan keadaan aku . Dan mengapakah aku bercakap seperti kau ialah kekasih hati aku ? Lupakan . Sekali lagi aku mengatakan bahawa aku SAYANG akan engkau . Selamanya sahabat ♥ . Sekian .





XOXO ,
Murni Adila Abdullah .


*P/S : Maniskan aku ? :)