I Love My Hair :D

Assalamualaikum , Salam 1Malaysia dan "Jaga jaga ade yang memeghati " *tagline kiah propa* ignore :69:. Disebabkan takde bende menarik hari ni , aku pun tak tahu nak cite ape , so , aku nak bagi petua MENJAGA RAMBUT . Reason kenapa tetiba ? aku bosan dan aku dah mula perasan yang rambut aku dah teruk macam bulu penyapu dah *orang panggil bulu eh ?kay , ignore* . Tapi petua ni , petua tradisional , kalau rase korang lagi suke gune chemical , better pergi saloon jee okay ? Here we go , Start :
  1. Melebatkan Rambut :
    Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional.

    Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.

    Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

    Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.

    Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini:

    - Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
    - Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
    - Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertusung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memamakai tudung.
  2. Mencegah Rambut Gugur : Rambut gugur adalah masalah biasa yang sering dialami oleh setiap peringkat usia. Berikut adalah antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mencegah rambut gugur.

    1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

    2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.

    3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.

    4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.

    5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.

    6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.

    7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambil jusnya, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.
  3. Meluruskan Rambut Keriting : Sediakan 2 biji telur dan sedikit tepung gandum. Bancuhkan kedua-duanya membentuk paste. Lembabkan rambut dengan air bersih dan lumurkan bancuhan tadi pada keseluruhan rambut. Sikat rambut menjadi lurus dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu.
  4. Mewangikan Rambut : Sediakan 2 biji telur dan sedikit tepung gandum. Bancuhkan kedua-duanya membentuk paste. Lembabkan rambut dengan air bersih dan lumurkan bancuhan tadi pada keseluruhan rambut. Sikat rambut menjadi lurus dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu.
  5. Menghilangkan Kelimumur :Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.

Okay done , petua ni bukan dari aku act . aku pun cari kat GOOGLE jugak , hee . Saya minta MAAF yaa :D . Just for fun . Like people say 'Sharing Is Caring :h:' . Harap Maklum . Sekian . Wabilah-hitaufik-walhidayah , Assalamualaikum warahmatullah-hi-wabarakatuh . Selamat Bergembira :95: .