Assalamualaikum , kum ape kumbat , bat ape batmen , men ape mentol , tol ape tolak , lak ape laksa , sa ape satu , tu ape tunang , nang ape nangka , ka ape kayu , yu ape YOU SHUT UP ! *okay cukup , diam* . ohh , lupe Salam 1Malaysia ladies and gentlement :D .Sedapkan lagu blog saya :> ILoveYouZaynMalik. *kay , enough*
Hari ini aku buat something yang berbeza dari hari hari cuti yang sebelum ni , hari ini aku bersukan *takde lah bersukan sangat* tapi hari ni aku bermain badminton dengan seorang wanita yang dah layak digelar nenek dan unfotunately aku kalah : [ okay sila gelakkan saya . Nama wanita mulia ini ialah Puan Zarina , but i call her Mama . Beliau ialah Mama kepada sister in-law aku . Mama tidak berpenyakit sama sekali *dah di kalahkan aku takkkan dia sakit pulakkan :)* . Kami bermain pada pukul 4 , kat sini redup dan bukan mendung*take note please* memang tak hujan pun kat sini :D tak macam KL kan ? ade hikmah rupanyee aku tak balik KL lagi . Semoga korang yang ade kat KL tu sihat sihat selalu yee , jangan mandi hujan , kadang-kadang takpe jangan tiap tiap hari pulak okay ? *caringnya aku , awww :D*Lepas tu aku naik bilik kejap sebab ade orang call , Muehehe :D ,Kakak ipar aku sambung main dengan Mama *kuat kott Mama ni :D* Aku pun duduk dalam bilik sambil dengar lagu , bla bla bla , Mama pulak lepas main badminton dengan kak diana , Mama masuk solat . Tetibe "adila , meh keluar kite picnic" . aku pun dengan semangatnyee turunlah , bukannnye pergi mana punn , duduk kat bawah pokok rambutan sambil makan buah Pelam cicah dengan kuah Rojak Mak Bee *terangkat woo* . Aku rase worth gile abang aku beli rumah ni , sebab luas ada corner lot , bolehlah aku main badminton ke skipping ke kan :) . dah duduk lama lama tu takde angin pulak , Kak Diana ajak aku main badminton lagi , aku pun okay jee , sebab peluh tadi dah kering aku pun dah kembali bersemangat*caitt , yo le tu* Dah main dalam 15 minute macam tu , kitorang stop dengan alasan esok taknak makn lauk tunjuk *means sakit tangan* .
Then , Mama kate nak berkebun kejap , aku pun okay jee lah , lepas tu dia panggil aku , dia kate nak try air tangan aku . Lepas tu aku tanye kenapa pulak nak try air tangan*maaf saya blur* , Mama cakap sebab menanam ni ade tangan yang tanam tak jadi ade yang jadi , manalah tau berkat tangan aku pokok ni subur*okay , aku dah perasan* benih yang kitorang tanam tadi ialah benih pokok betik , bendi dan pokok pandan . Benih pokok bendi tadi tak ditutup dengan sepenuhnya sebab kene tunggu tunas dia tumbuh baru boleh tutup samalah dengan benih pokok betik tadi .Pokok pandan tu tanam macam biase jee , tapi kene gali dalam sikit *ni pengatahuan am , Mama cakap :)* rase macam nak jadi pekebun lah pulak muehehe :D *kay , aku mgade* . And then Mama dan Baba pulang ke rumah mereka yang berada dalam satu taman *pelikkan dekat je pun sebenarnya* Who's Baba ? Ohh , lupe nak cerita . Baba yang menggalah buah rambutan , untuk bagi kat jiran jiran . Dia senyap jee , sebab tu lupe nak cerita pasal dia Muahaha :D *Sorry , Baba*. Aku dengan Kak Diana pun masuk rumah dan solat asar , dan untuk keringkan peluh ni aku pun duduk lah dulu nak tengok cerita Strong Heart *korea talkshow* . aku tengok jam dah pukul 6.55 aku pun cepat cepat pergi mandi . Reason ? nak tengok Tentang Dhia yang dah macam cerita hantu tu , seram kott ==' . disebabkan iklan TV3 yang sangatlah lama macam yang korang tau . aku pun pergi solat kejap . Okay , tu lah yang aku buat yang berlainan sikit dari hari hari cuti kat Ipoh , Perak ni.And aku nak bagi satu GoodNews hari ni aku bangun awal tak macam semalam dan kemarin :D . Sekian saja entry yang panjang lebar ni , malam ni dah rancang nak tidur awal :D . So , GoodNight , dan Assalamualaikum :D.Peace(Y) yo ! *Tiru AC kejap*
#p/s : aku memang nak korang tengok gambar Mama dengan kakak ipar aku , tapi internet mengalahkan siput 'laju' dia , Sorry dear : [